suria

Tiada anak daripada 3 perkahwinan, Dewi Perssik jalani proses bekukan telur

Depe merupakan tunang kepada seorang juruterbang.

SELEPAS dilamar kekasih, penyanyi Dewi Perssik memutuskan untuk melakukan pembekuan telur bagi digunakan jika merancang menimang cahaya mata pada masa akan datang.

Dewi atau lebih mesra dengan sapaan Depe, dia mahu memastikan telur yang dikeluarkan sihat dan dapat digunakan pada bila-bila masa diinginkan.

Ia sekali gus memberi bayangan penyanyi berkenaan sudah bersedia mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

"Ikuti perjalanan saya membekukan telur bagi tujuan menyimpan sel telur yang sihat dan berkualiti supaya boleh digunakan di kemudian hari," katanya.

dewi1 - 1

Depe berkongsi video melakukan prosedur pembekuan telur.

Depe berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian video berkenaan, Depe memperlihatkan bagaimana jururawat di sebuah hospital swasta melakukan prosedur pembekuan telur yang dibuat.

Penyanyi tersebut turut menjelaskan wanita yang belum berkahwin juga boleh melakukan prosedur berkenaan.

"Ramai tanya kenapa bekukan sel telur kerana belum mempunyai suami tapi sebenarnya prosedur pembekuan telur ini juga boleh dilakukan tanpa kehadiran suami," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik tak boleh jauh dengan kekasih, video call 24 jam sehari termasuk waktu mandi

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah gaji bakal suami, netizen ketawakan Dewi Perssik... Tak percaya pendapatan sebulan RM60,000

Untuk rekod, Depe yang kini berusia 38 tahun masih belum mempunyai anak meskipun pernah berkahwin sebanyak tiga kali.

Depe pernah mengalami keguguran ketika bergelar isteri Saipul Jamil selepas mendakwa dipukul.

Penyanyi itu juga dituduh mandul oleh dua bekas suaminya yang lain iaitu Aldi Taher dan Angga Wijaya yang sudah mempunyai cahaya mata menerusi hasil perkahwinan lain.

Pada Februari tahun lalu, Depe secara terbuka mendedahkan hubungannya dengan seorang juruterbang iaitu Rully hanya selepas lima bulan bercerai dengan Angga Wijaya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain