ISTERI Justin Bieber menyifatkan khabar angin mendakwa rumah tangga mereka sedang retak menanti belah sebagai khayalan sesetengah pihak. Hailey Bieber berkata, ia bukan perkara baru malah fitnah dilemparkan kerana ada pihak kurang senang melihat kebahagiaan mereka. Susulan itu, model berusia 27 tahun itu meminta orang ramai berhenti menyebar berita palsu selain mendoakan dia dan Justin bercerai. Hailey masih sarung cincin perkahwinan. "Saya tahu mungkin cerita-cerita begini menyeronokkan tapi cuma nak beritahu mereka sentiasa salah. "Semua khabar angin yang bertebaran tentang saya Justin adalah sama sekali tidak benar," katanya. Hailey menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Kakak Hailey Bieber lempar pad ke arah pengawal keselamatan, berang dihalang guna tandas pekerja ARTIKEL BERKAITAN: Hailey Bieber penat sering diaju soalan tentang anak, perut kembung masuk angin pun disangka hamil Hailey juga masih lagi memakai cincin perkahwinannya semasa keluar makan bersama rakannya di Beverly Hills pada Selasa lalu. Sebelum ini kecoh apabila bapa Hailey iaitu Stephen Baldwin meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan Hailey dan Justin. Bagaimanapun ramai merasakan ia bukan sesuatu yang pelik tetapi ia disensasikan segelintir pihak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!