PERKONGSIAN foto model terkenal Anwar Hadid sedang menunaikan ibadah umrah baru-baru ini mencuri tumpuan peminat seluruh dunia. Menerusi hantaran di Instagram, Anwar berkongsi foto memperlihatkan dirinya memakai ihram menampakkan sebahagian dada bertatu dan bergambar kenangan bersama beberapa kenalan di Tanah Suci. Pada tahun 2019, model kacak berketurunan Palestin itu pernah mengakui dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim kerana mengikuti bapanya iaitu Mohamed Hadid. Anwar mengakui pernah berpindah agama pada 2019. Namun, adik kepada model terkenal Bella Hadid dan Gigi Hadid itu dikhabarkan sudah murtad dan menukar agama. Perkongsian foto terbaharu itu sekaligus membuktikan Anwar masih lagi beragama Islam. Malah, peminat juga turut mendoakan agar dia terus istiqamah. ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Dua Lipa, Anwar Hadid dilanda krisis... dua-dua sibuk dengan kerja ARTIKEL BERKAITAN: Tiga minggu putus cinta, Dua Lipa kini rapat dengan adik Bella Hadid "Selamat kembali saudara. "Semoga Allah membimbing awak ke jalan yang benar. Amin. "Semoga mendapat umrah yang mabrur dan diterima Allah," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!