suria

Selepas dibuang keluarga, anak Nikita Mirzani kantoi bawa lari RM27,000

Netizen anggap Lolly dalam keadaan susah selepas dibuang Nikita.

ANAK perempuan Nikita Mirzani sekali lagi menconteng arang ke wajah pelakon sensasi itu selepas didakwa melakukan penipuan iklan produk.

Menerusi rakaman audio yang sedang tular di TikTok, Lolly didakwa membawa lari wang tunai berjumlah 90 juta Rupiah atau RM27,000 tanpa melunaskan tugas seperti dijanjikan.

Lolly dalam rakaman tersebut menafikan tuduhan tersebut sebaliknya memaklumkan telefon miliknya rosak yang membuatkan dia sukar dihubungi sebaik pulang dari England.

lolly1

Nikita sebelum ini memaklumkan telah membuang Lolly dari nama keluarganya.

"Maaf telefon saya baru boleh aktif. Saya tidak pernah menyekat nombor telefon.

"Telefon saya rosak... Sekarang baru dapat aktif kembali," katanya.

Bagaimanapun usahawan yang membayarnya tidak termakan dengan helah tersebut malah percaya remaja itu cuba memberi alasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi kaitan dengan anak sulung, Nikita Mirzani buang nama Lolly sebagai pewaris harta

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani hina pakaian anak macam lapik meja, Lolly senarai bekas bapa tiri sebagai ‘support system’

Malah rata-rata netizen turut berpendapat Lolly sengaja menipu untuk menyelamatkan dirinya.

"Mesti dia tak ada duit sebab sudah dibuang keluarga. Sekarang cuba menipu pula.

"Dia selalu kongsi rutin harian dekat media sosial, takkan la telefon rosak pula," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain