suria

Anak dan cucu tak setuju ibu Michael Jackson guna harta mendiang untuk biaya kes mahkamah

Bigi dilaporkan akan mendakwa neneknya, Katherine ke mahkamah.

ANAK legenda pop mendiang Michael Jackson, Bigi dilaporkan bakal mengambil tindakan dan mendakwa neneknya iaitu Katherine Jackson di mahkamah.

Bigi atau Prince Michael Jackson II, 22, mahu mengambil tindakan berkenaan kerana tidak bersetuju dengan tindakan neneknya menggunakan hartanah milik mendiang ayahnya untuk membiayai rayuan kes mahkamah.

Menurutnya, tindakan itu tidak menguntungkan mana-mana pihak dan tidak sepatutnya digunakan untuk tujuan berkenaan.

Untitled design (98)

Anak-anak mendiang Michael menerima keputusan mahkamah itu.

"Bigi memutuskan tidak mahu membazir wang untuk membuat rayuan tetapi Katherine tetap dengan keputusannya untuk meneruskan rayuan.

"Keputusan itu bukanlah untuk kepentingan pewaris-pewaris (adik-beradiknya),” kata peguam bagi pihak Bigi.

Sebelum ini, Katherine dan Bigi membuat tindakan undang-undang terhadap peguam yang menguruskan hartanah mendiang iaitu John Branca dan John McClain.

ARTIKEL BERKAITAN: Berangan terima gelaran raja pop Michael Jackson, Chris Brown jadi mangsa cacian netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Berangan jadi Michael Jackson, video lelaki mandi guna air mineral terima kecaman... Netizen ingatkan membazir amalan syaitan!

Mereka dikatakan mencurigai tindakan kedua-dua peguam itu membuat perjanjian transaksi yang dipercayai jualan katalog hartanah mendiang bernilai RM2.8 bilion (USD$600 juta) pada tahun lalu.

Bagaimanapun mahkamah memutuskan untuk memihak kepada perjanjian transaksi tersebut.

Bigi dan adik-beradiknya menerima keputusan tersebut tetapi Katherine tetap berkeras ingin memfailkan rayuan yang memakan belanja yang banyak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain