suria

Millie Bobby Brown sanggup buat perangai ‘Karen’ selepas dilayan buruk ketika bercuti

Millie tidak suka menerima layanan buruk daripada khidmat pelanggan.

PELAKON filem Damsel, Millie Bobby Brown mendedahkan dia sanggup menggunakan nama palsu hanya untuk meninggalkan komen negatif sekiranya menerima layanan buruk.

Dalam satu podcast yang disiarkan di Instagram, Millie menyatakan bahawa seumur hidupnya seringkali menerima kritikan maka tak salah baginya untuk memberikan perkara yang sama.

Millie memberitahu Jessie dan Lennie dia pernah dilayan buruk ketika tinggal di hotel menyebabkan bertindak melakukan sedemikian.

millie dalam

Millie tidak boleh berkompromi dengan servis khidmat pelanggan yang teruk

"Wanita itu menarik tunang saya ke tepi untuk menyelesaikan bil secara paksa walhal penginapan kami belum berakhir.

"Jadi, saya meninggalkan ulasan yang mengatakan... saya benar-benar fikir anda harus menggalakkan tetamu untuk menyelesaikan transaksi pada akhir penginapan mereka, saya fikir ia penting," tambah pelakon itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Strangers Things’ Millie Bobby Brown bertunang dengan anak Bon Jovi, dikritik terlalu muda untuk kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi mesra berpegangan tangan jadi tumpuan, Millie Bobby Brown kini hangat bercinta dengan anak Jon Bon Jovi

Dalam pada itu, Millie juga memberitahu dia tidak suka menunggu ketika berada di restoran.

Namun pengakuannya itu telah menyebabkan peminatnya memanggilnya seorang kurang sopan dan tidak beradab.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain