suria

Mengamuk ketika bertengkar, suami lempar najis anjing ke arah Christine Quinn

Christine dakwa terkena najis anjing yang dicampak suaminya ketika pertengkaran.

BELUM reda isu pukul anak dengan botol kaca, suami Christine Quinn didakwa melempar najis anjing ke arah pelakon itu ketika bertengkar pada 18 Mac lalu.

Christine, 36, memberitahu suaminya iaitu Christian Richard, 46, mengamuk apabila dia meluahkan rasa tak puas hati terhadap sikap lelaki itu sepanjang perkahwinan mereka.

Jelas Christine, dia terkejut dengan reaksi Christian dan bertindak mengurungkan diri bersama anak lelakinya demi keselamatan mereka.

Untitled design - 2024-03-28T151630.602

Christine mendakwa suaminya mengamuk dan mula mencampak barang ke arahnya.

"Dia menjerit dekat saya dan mula menyerang saya dengan mencampakkan hiasan bunga dan najis anjing yang dikutip dalam tong sampah ke arah saya.

"Sebab terlalu takut, saya mengunci pintu bilik dan mengurungkan diri bersama anak sepanjang malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Baling botol kaca kena kepala anak, suami pelakon Christine Quinn ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Ludah dan calit najis pada muka anak sendiri, Aerum T-ara dedah perbuatan kejam suami

"Saya dapat dengar bunyi dia berteriak dan barang-barang pecah daripada dalam bilik kami," katanya.

Sebelum ini, Christian ditahan polis kerana didakwa memukul anak lelakinya dengan bag berisi botol kaca tanpa sengaja pada 19 Mac lalu.

Insiden tersebut meneybabkan anak lelakinya mengalami kecederaan dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain