AKTRES Nikita Mirzani rela menanggung kesakitan membuang ukiran tatu nama anaknya, Lolly yang dilukis pada bahagian belakang badannya. Tindakan Nikita atau Nikita Mirzani Mawardi, 38, itu membuktikan dia sudah membuang anak sulungnya daripada hidup. Perkara itu dikongsikan oleh Nikita menerusi Instastory miliknya yang turut memaparkan tatu ukiran sayap bersama nama anaknya. Proses membuang tatu di badan Nikita. Menerusi video yang dikongsikan itu juga memaparkan Nikita terbaring secara menirap sebelum melakukan proses memadamkan ukiran tatu tersebut. Sebelum ini, Nikita juga nekad menggugurkan nama Lolly daripada daftar keluarga. Dia juga enggan mengakui Lolly sebagai anak dan menegaskan sudah tiada kaitan dengan remaja berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dibuang keluarga, anak Nikita Mirzani kantoi bawa lari RM27,000 ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi kaitan dengan anak sulung, Nikita Mirzani buang nama Lolly sebagai pewaris harta Tidak hanya itu, Nikita turut memuat naik dokumen bertarikh 27 Februari lalu yang menyatakan Lolly sudah tiada lagi dalam senarai waris hartanya. Perang di antara Nikita dan Lolly tercetus apabila remaja berusia 16 tahun itu secara terbuka memihak kepada bekas suami ibunya iaitu Antonio Dedula selepas mereka bercerai. Untuk rekod, Lolly atau Laura Meizani Nasseru Asry adalah anak hasil perkahwinan pertama selebriti sensasi itu dengan Aizawa Nasseru pada tahun 2006. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!