suria

Didakwa minta duit nafkah daripada Ria Ricis, Teuku Ryan bagi amaran jangan burukkan namanya

Ryan menegaskan dirinya tidak pernah meminta duit nafkah anak dari Ria.

PELAKON Teuku Ryan menegaskan dirinya tidak pernah meminta nafkah anak daripada isteri iaitu Ria Ricis.

Menafikan kenyataan peguam Ria, Ryan atau Teuku Rushariandi, 30, menjelaskan dakwaan itu tidak berasas dan berpotensi memburukkan namanya.

"Baru kali ini saya mendengar lelaki meminta biaya dan nafkah anak dari bekas isteri.

Untitled design - 2024-03-26T152213.275

Ryan berharap agar kenyataa dari pihak Ria tidak memburukkan namanya.

"Tolong kaji semula kenyataan yang dikeluarkan, jangan sampai mencemarkan nama baik saya," katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Selasa.

Ryan tampil membuat penjelasan itu selepas peguam Ria mengeluarkan kenyataan Ryan bukan sahaja enggan berpisah, malah meminta hak asuhan dan nafkah.

ARTIKEL BERKAITAN: Teuku Ryan tunjuk usaha mahu berbaik, Ria Ricis nekad teruskan penceraian

ARTIKEL BERKAITAN: Janji simpan aib Ria Ricis, Teuku Ryan menangis semasa perbicaraan kes cerai

Dalam pada itu, Ryan turut berharap agar peguam isterinya itu tidak berterusan mengeluarkan kenyataan tidak berasas.

"Semoga ada niat yang baik untuk tidak terbawa-bawa dengan pendapat sendiri yang boleh mencemarkan nama baik saya," ujarnya.

Sebelum ini, Ria atau Ria Yunita, 29, memfailkan penceraian terhadap Ryan walaupun rumah tangga dibina baharu sahaja mencecah usia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain