suria

Tuduhan serangan seksual, dua kediaman Diddy digeledah polis

Kediaman Diddy digeledah pihak berkuasa.

SELEPAS terkait kontroversi pemerdagangan seks, dua buah kediaman penyanyi rap Sean 'Diddy' Combs dilaporkan telah digeledah pihak berkuasa.

Memetik laporan People, sewaktu serbuan dibuat, dua anak lelaki penyanyi tersebut ditahan iaitu Justin dan King Combs.

Kedua-dua anak Diddy digari di luar kediaman bapa mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat bersama seorang lelaki yang tidak dikenali.

diddy2 - 1

King (kiri) dan Justin (kanan) ditahan pihak berkuasa.

Suspek dilaporkan diiringi oleh ejen bersenjata yang kelihatan sedang menyoal siasat.

Bagaimanapun penglibatan mereka dalam skandal penyanyi tersebut masih lagi belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Pada Februari lalu, penerbit dan komposer Rodney 'Lil Rod' Jones memfailkan saman selepas mendakwa Didy melakukan serangan seksual terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Diddy didakwa lakukan serangan seksual terhadap pekerja lelaki pula, kali ini berdepan saman RM143 bilion

ARTIKEL BERKAITAN: Kertas aduan salah laku seksual tersebar, nama Usher dan Meek Mill dikait jalin hubungan sejenis dengan P. Diddy

Jones mendakwa Diddy membuat serangan seksual tanpa kerelaannya selain memaksanya melakukan hubungan dengan pekerja seks.

Penerbit itu juga mendakwa dia tinggal bersama Diddy sejak September 2022 sehingga November 2023 dan sepanjang tempoh itu dia sering menjadi mangsa gangguan seksual artis berkenaan.

Jones juga mendakwa mempunyai bukti iaitu rakaman audio dan video melibatkan aktiviti mereka.

Tidak hanya itu, Jones mendakwa dia pernah diraba secara berterusan tanpa kerelaan selain terpaksa bekerja di dalam bilik air ketika Diddy sedang berbogel.

Akibat kejadian itu, Jones meminta ganti rugi sebanyak AS$30 bilion (RM143 bilion).

Diddy dalam satu kenyataan menyangkal semua tuduhan tersebut.

diddy1 - 1

Diddy terkait dengan beberapa tuduhan serangan seksual.

Dalam pada itu, penyanyi rap Meek Mill dan Usher juga turut dikaitkan sebagai antara beberapa individu berpengaruh terlibat dalam satu salah laku hubungan sejenis.

Terdapat aduan sebanyak 73 muka surat yang tersebar di media sosial terhadap salah laku Diddy yang antara lain melakukan hubungan seks dengan pekerja seks, gadis bawah umur, mengadakan parti seks.

Diddy dituduh melakukan 'grooming' terhadap beberapa artis dan penerbit selain melakukan hubungan seksual dengan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain