suria

Lee Areum masuk hospital selepas cuba bunuh diri... Pernah kongsi kisah didera suami

Areum masih menjalani rawatan selepas cubaan bunuh diri.

BEKAS anggota kumpulan T-ara iaitu Lee Areum kini dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital selepas melakukan percubaan membunuh diri.

Areum ditemukan tidak sedar diri pada awal pagi Rabu sebelum di bawa ke hospital bagi rawatan susulan.

Tindakan itu dipercayai akibat tekanan yang dihadapi kerana pernah menjadi mangsa penderaan suaminya, Kim Young Gul.

areum 2

Areum dipercayai tertekan akibat menjadi mangsa dera.

Sehari sebelum kejadian, Areum berkongsi kisah sedih penderitaan yang dilalui sebelum mereka berpisah pada Disember tahun lalu.

Menurut Areum, dia pernah dibelasah teruk oleh suaminya itu pada November 2021 di hadapan anak mereka sendiri.

Penyanyi ini turut berkongsi gambar dirinya memakai baju koyak selepas dia keluar melarikan diri ke rumah ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ludah dan calit najis pada muka anak sendiri, Aerum T-ara dedah perbuatan kejam suami

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas ahli kumpulan T-Ara, Areum, selamat lahir bayi lelaki

Dalam hantaran yang dimuat naik, dia juga berkongsi sikap curang suaminya yang melanggan pelacur ketika anak mereka sedang sakit.

Areum turut menyesal kerana sebelum ini pernah berlembut hati dan memaafkan Young Gul kerana percaya rumah tangga mereka mampu di selamatkan.

"Apabila dia meminta maaf, hati saya jadi lembut. Saya tidak pergi ke hospital sebagai bukti penderaan.

areum 1

Areum kongsi gambar kecederaan akibat didera suami.

"Disebabkan itu saya tidak boleh saman atas keganasan yang dilakukan. Saya sangat menyesal," jelasnya.

Untuk rekod, Areum dan Young Gul berkahwin pada 2019 dan mereka memiliki dua orang cahaya mata.

Pasangan ini dikatakan masih belum menyesaikan isu perceraian mereka selepas Areum membuat tuntutan sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain