suria

Jeon Jong Seo pula dituduh kaki buli, suka curi pakaian sukan pelajar

Jong Seo didakwa mencuri pakaian dan mencarut mangsa buli.

NAMA Jeon Jong Seo ketika ini sedang hangat diperkatakan selepas rakan zaman sekolahnya membongkar pelakon itu seorang pembuli.

Lebih memburukkan keadaan, seorang individu muncul mendakwa pernah menjadi mangsa buli Jong Seo sehingga meninggalkan trauma sehingga ke hari ini.

Dakwanya, pelakon itu pernah mencuri pakaian seragam sekolah selain sering dihina menggunakan kata-kata kesat.

babab

Tindakan Jong Seo buat mangsa trauma.

"Dia akan curi pakaian sukan dan seragam pelajar ikut sesuka hatinya.

"Jika melawan, dia akan mencarut dan panggil awak dengan pelbagai panggilan. Lebih teruk anda akan jadi sasaran mangsa buli dia," kata individu berkenaan.

Sikap Jong Seo itu membuatkan mangsa buli berasa takut sehingga lebih banyak memencilkan diri kerana bimbang akan jadi sasaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampar kawan 90 minit tanpa henti palsu, pelakon ‘Marry My Husband‘ pernah dibuang sekolah sebab membuli

ARTIKEL BERKAITAN: Park Min Young dituduh menipu skandal penggubahan wang haram, peminat boikot drama ‘Marry My Husband’

Imbau individu tersebut, pelakon itu pernah mengejarnya ke tandas, menendang pintu dan tidak akan berhenti menggangu sehingga dia berasa takut dengannya.

Bagaimanapun semua tuduhan itu disangkal oleh pihak pengurusannya yang menganggap ia fitnah.

"Ia langsung tidak masuk akal! Pihak kami sedang menyusun kenyataan penuh dan akan memaklumkan kepada anda tidak lama lagi," kata wakil syarikat berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain