KHABAR angin mengenai pelakon Song Ha Yoon seorang pembuli ketika zaman sekolahnya sedang hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.
Lebih memburukkan keadaan apabila ramai mangsa buli serta rakan sekolahnya tampil bersuara mengenai sikap buruk aktres berkenaan.
Rata-rata mereka mendakwa pernah menjadi dibuli pelakon Marry My Husband itu selain dia juga pernah dibuang sekolah akibat membuli.
Mangsa buli sudah lama menanti pendedahan sikap Ha Yoon.
Menurut rakan salah seorang mangsa, dia sudah lama menunggu orang ramai mengetahui tentang sikap sebenar Ha Yoon.
"Kawan saya merupakan mangsa Ha Yoon di Banpo. Memang saya menantikan perangai sebenarnya terbongkar dan ia akhirnya berlaku.
"Seseorang tidak akan dapat menutup perangai mereka selamanya. Jujurnya saya memang menyampah tengok lakonan awak sebab itulah diri awak yang sebenar," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Park Min Young dituduh menipu skandal penggubahan wang haram, peminat boikot drama ‘Marry My Husband’
ARTIKEL BERKAITAN: Menjiwai watak pesakit kanser, berat badan Park Min Young tinggal 37 kilogram
Selepas pendedahan tersebut, pihak agensi Ha Yoon akhirnya mengakui aktres tersebut pernah dibuang sekolah beberapa kali kerana membuli.
"Memang benar bahawa Song Ha Yoon pernah dibuang oleh sekolah menengah Banpo kerana membuli.
"Tapi dakwaan mangsa ditampar selama 90 minit adalah palsu," kata wakil syarikat tersebut.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!