suria

Bukan mahu tinggalkan dunia nyanyian, Lizzo ingin terus hiburkan peminat

Lizzo kembali semula dalam industri nyanyian.

PENYANYI Lizzo tampil menjelaskan kekeliruan peminat berhubung kenyataannya sebelum ini yang memberi bayangan untuk bersara dalam bidang nyanyian.

Menurut pemenang anugerah Grammy itu, kenyataan tersebut disalah erti segelintir pihak dan dia masih mahu meneruskan perjalanannya sebagai anak seni.

"Apabila saya kata mahu berhenti, itu bermaksud saya mahu berhenti memberi perhatian kepada komen negatif.

Lizzo 1

Lizzo tidak akan berhenti menyanyi.

"Saya tidak akan berhenti lakukan apa yang saya suka dalam hidup iaitu terus menghasilkan muzik yang boleh menghubungkan manusia," katanya.

Lizzo membuat penjelasan itu menerusi media sosial miliknya.

Terdahulu, ramai peminat meluahkan rasa terkejut setelah Lizzo memuat naik kapsyen 'Saya mahu berhenti'.

ARTIKEL BERKAITAN: Lizzo penat berat badan jadi bahan jenaka, beri bayangan undur diri sebagai penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Minta 3 penari buat perbuatan tidak senonoh, Lizzo berdepan saman

Rata-rata peminat Lizzo meluahkan rasa kecewa dengan pengumuman itu dan berharap dia meneruskan kerjayanya sebagai anak seni.

Lizzo mengumumkan perkara itu selepas sudah tidak tahan menjadi mangsa buli dalam talian apabila netizen menghina bentuk badannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain