suria

Suami ditahan tuduhan rasuah, Sandra Dewi pula berdepan penjara 5 tahun

Gaya hidup mewah Sandra menjadi bualan ramai.

PELAKON Sandra Dewi bakal berdepan tindakan undang-undang atas tuduhan rasuah dan penyelewengan wang yang turut membabitkan suaminya iaitu Harvey Moeis.

Badan pencegahan rasuah Indonesia yang membuat laporan kepada pihak berkuasa mendakwa andra turut menerima dana hasil perniagaan milik suaminya yang hasilnya diragui.

"Pihak berkuasa perlu memeriksa sama ada Sandra mengetahui dari mana hasil suaminya mendapatkan wang berkenaan.

harvey 1

Suami Sandra kini masih ditahan untuk siasatan pihak berkuasa.

"Sandra sering membeli barang-barang berjenama selain membeli jet peribadi," jelas wakil badan berkenaan.

Jika disabitkan kesalahan, Sandra boleh berdepan hukuman penjara selama lima tahun atau denda sebanyak RM4 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ungkit video lama anak Nikita, didakwa tiada adab jilat makanan sebelum beri kepada pembantu

ARTIKEL BERKAITAN: Bentuk tubuh dibandingkan dengan Lesti Kejora, Aurel Hermansyah anggap netizen sarkastik

Sebelum ini, jet peribadi serta kereta mewah jenama Roll Royce milik Sandra disita pihak berkuasa bagi tujuan siasatan.

Dua kenderaan tersebut merupakan hadiah pemberian Harvey bersempena ulang tahun kelahiran sandra sebelum ini.

Harvey ditahan pihak berkuasa pada 27 Mac lalu atas dakwaan rasuah serta penyalahgunaan wang dalam syarikat miliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain