SELEPAS lama tidak muncul dengan lagu baharu, penyanyi rap Doja Cat kembali dengan teaser single terbaharunya berjudul Masc yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Walaupun lagu terbaharu Doja sangat dinanti-nantikan peminat namun ada pula segelintir peminat yang melemparkan komen negatif terhadap penampilannya. Menerusi gambar album single tersebut, Doja menonjolkan rambut aslinya yang berwarna putih dan kerinting. Netizen membuli penampilan Doja Cat di media sosial. Tetapi ramai mengina rambutnya seperti bulu kambing biri-biri sehingga membuatkan penyanyi itu terasa hati. "Saya membaca semua komen mengatakan rambut saya macam bulu karpet atau bulu kambing biri-biri. ARTIKEL BERKAITAN: Dah tak rupa manusia! Netizen meremang lihat Doja Cat dilitupi 30,000 kristal Swarovski ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau cucuk jarum bocor tak?” - Peminat sesak nafas tengok fesyen Sam Smith, tampil fesyen belon di Brit 2023 "Jika tiada pernah baik hendak dicakap, kenapa tidak pilih bersikap matang dan diam? Tolong jaga percakapan apabila komen mengenai orang lain," katanya. Ini bukan kali pertama penampilannya dikecam apabila imej botaknya dua tahun lalu turut dikecam peminat. Bagaimanapun Doja masih boleh menerima kritikan dan menjelaskan dia lebih suka berambut pendek atau botak apatah lagi dia tidak gemar memakai rambut palsu. TONTON VIDEO PILIHAN! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube