PERUBAHAN fizikal anggota kumpulan BTS iaitu V menjadi bualan hangat peminat apabila dia kelihatan lebih berotot setelah menyertai kem latihan tentera. Ada yang berpendapat V atau Kim Taehyung, 29, kini memiliki dada yang semakin bidang dan bahu lebih tegap berbanding sebelum ini. Netizen kagum melihat penampilan penyanyi itu hasil dari kerja keras dan disiplin yang ditunjukkan semasa menjalankan latihan. Peminat kagum melihat perubahan fizikal vokalis kumpulan BTS itu. "Saya selalu tengok badan kurus V tapi sekarang sejak berotot, dia nampak lebih kacak. "Walaupun dah semakin berotot tapi V tetap nampak comel," ujar netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Cekap di dapur, Jungkook BTS galas tugas memasak di kem tentera ARTIKEL BERKAITAN: Army tak sabar menanti kepulangan Jin BTS, tamat latihan tentera lagi 100 hari Terbaharu, V dilaporkan membuat penampilan istimewa menyaksikan perlawanan bola sepak antara Gangwon FC bertemu Seoul FC pada Ahad. Penyanyi berkenaan dilihat menonton perlawanan tersebut bersama rakan tentera lain bagi mengisi masa lapang mereka. Untuk rekod, V mula melapor diri di kem latihan tentera pada 11 Disember 2023 dan dijangka tamat latihan pada 10 Jun 2025. Kumpulan K-Pop sensasi itu, dijangka akan membuat kemunculan semula selepas Jun 2025, selepas ahli muda mereka iaitu Jungkook dan Jimin tamat latihan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!