suria

Bentuk tubuh dibandingkan dengan Lesti Kejora, Aurel Hermansyah anggap netizen sarkastik

Penampilan Aurel (kiri tengah) dibandingkan dengan Lesti (kanan).

PENAMPILAN Aurel Hermansyah menjadi perhatian netizen apabila dia dibandingkan dengan gaya penyanyi Lesti Kejora selepas mereka berdua tampil mengenakan pakaian serupa dalam satu acara berbuka puasa.

Aurel atau Titania Aurelie Nurhermansyah, 26, mengenakan jubah berwarna hitam sementara Lesti menggayakan kardigan labuh dipadankan bersama seluar jean potongan slim fit.

Penampilan Aurel bagaimanapun menerima komen dalam kalangan netizen yang mengatakan dia nampak langsung mengenakan persalinan tersebut.

aurel - 1

Aurel menjadi mangsa body shaming netizen.

Tidak berdiam diri, isteri kepada personaliti media sosial Atta Halilintar itu membalas komen tersebut dengan menyifatkan individu terbabit bersikap sarkastik.

"Sarkastik sangat," balas Aurel dengan emoji mencebik.

Aurel sebelum itu memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok miliknya dipercayai menghadiri acara berbuka puasa bersama rakan-rakan mereka yang dikenali sebagai Geng Mamayu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian terhadap Lesti yang disifatkan bijak menggayakan dengan pakaian yang sesuai.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kena 'body shaming', Atta Halilintar minta henti ejek tubuh wanita selepas bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Aurel tak cemburu Atta Halilintar ramai kawan perempuan, mengaku suami dulu playboy

"OOTD (pakaian) Lesti cantik sangat, gaya anak muda yang sesuai dengan umurnya.

"Lesti cantik, bentuk badannya ideal," tulis netizen.

Sebelum ini, Atta mempertahankan isterinya yang menjadi mangsa body shaming netizen di media sosial.

Kata Atta, Aurel tidak boleh melakukan diet kerana masih menyusu badan untuk dua anak mereka iaitu Ameena Hannar Nur Atta, 2, dan Azura yang dilahirkan pada 11 November tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain