suria

Kantoi minum Starbucks, Gigi Hadid dituduh hipokrit lantang bersuara tentang Palestin

Gigi Hadid dilihat memegang cawan tertera logo Starbucks.

PEMINAT meluahkan rasa bengang terhadap supermodel Gigi Hadid yang dilihat menikmati minuman daripada Starbucks walaupun syarikat itu secara terang-terangan penyokong Israel.

Menerusi foto yang dimuat naik di akaun @GigiHadidMedia aplikasi X memperlihatkan model itu tampil berpakaian jaket berwarna hitam dipadankan dengan kemeja T putih sambil memegang cawan Starbucks ditangannya.

Ketika itu model berkenaan dilaporkan sedang menanti penggambaran produk kecantikan yang diadakan di New York, Amerika Syarikat pada 26 Mac lalu.

Susulan itu ramai mempersoalkan tindakan Gigi dan menggelarnya sebagai hipokrit walaupun dia sendiri sebelum ini lantang mengutuk kezaliman pihak Zionis di Semenanjung Gaza yang masih belum berakhir.

gigi - 1

Gigi mempunyai darah campuran Palestin.

Ada di antara netizen turut meminta model itu berasa malu kerana dia sendiri berketurunan Palestin.

"Bukan dia berketurunan Palestin?

"Kamu merupakan keturunan Palestin dan melakukan hal-hal seperti ini (menyokong produk sokong Israel), ia menjijikkan.

"Kelantangan suara anda mengkritik Israel sebelum ini hanya lakonan? Anda seorang manusia hipokrit," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Gerak-geri sedang dipantau, Israel 'panas' sokongan Gigi Hadid terhadap Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar Hadid kongsi foto tunai umrah, peminat doa moga terus istiqamah

Bagaimanapun hantaran yang dimuat naik akuan tersebut sudah pun dipadam selepas mendapat kecaman pengguna X.

Pada Oktober 2023, Gigi dengan lantang mengutuk tindakan kejam rejim Zionis terhadap penduduk di Gaza sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa termasuk kanak-kanak.

Susulan itu, Gigi menerima ugutan dipercayai daripada pemerintah Israel kerana sokongan yang ditunjukkan terhadap nasib menimpa rakyat Palestin di Instagram miliknya.

Gigi berketurunan Palestin-Amerika yang mana ibunya, Yolanda Hadid merupakan bekas model manakala bapanya, Mohamed Hadid seorang arkitek dan pemaju hartanah asal Palestin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain