suria

Tidak tahan tekanan, Han So Hee dan Ryun Jun Yeol berpisah

So Hee dan Jun Yeol sepakat ingin berpisah.

PERCINTAAN selebriti Han So Hee dan Ryun Jun Yeol berakhir dengan perpisahan selepas dua minggu kisah mereka menjadi bualan ramai.

Berita tersebut disahkan oleh pihak pengurusan kedua-dua pelakon berkenaan yang memaklumkan Soo Hee dan Jun Yeol mahu fokus kepada karier seni mereka.

Pasangan itu juga berjanji tidak akan lagi berkongsi hal peribadi berkaitan mereka kepada umum bagi mengelak sebarang salah faham.

ryu-jun-yeol-dan-han-so-hee-6_43

So Hee dan Jun Yeol pernah bercuti bersama di Hawai ketika hangat bercinta.

"Hubungan mereka sudah berakhir dan mahu fokus kepada karier,” ujarnya.

Dipercayai ikatan mereka putus disebabkan tidak tahan dengan tekanan ramai yang mengkritik hubungan mereka.

Pada pertengahan Mac lalu, So Hee mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Jun Yeol selepas paparazi berjaya merakam foto mereka sedang becuti di Hawaii.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak restu... Ryu Jun Yeol pulang bercuti seorang diri, Han So Hee pula privasi IG

ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee mengaku bercinta dengan Ryu Jun Yeol, nafi jadi punca kekasih tinggalkan Hyeri

Jelasnya, mereka bertemu ketika menghadiri acara pameran fotografi tahun lalu namun mula rapat awal tahun ini.

Pengakuan tersebut juga sekali gus menolak dakwaan kononnya dia menjadi orang ketiga menyebabkan hubungan Jun Yeol dan bekas kekasihnya iaitu pelakon Hyeri putus.

Jun Yeol dan Hyeri sudah menjalinkan hubungan cinta sejak tujuh tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain