suria

4 tahun sulam cinta, Ryeowook Super Junior kahwin Mei depan

Ryeowook mengambil keputusan untuk bernikah dengan Ari.

ANGGOTA kumpulan Super Junior iaitu Ryeowook mengesahkan bakal berkahwin dengan bekas ahli kumpulan Tahiti, Ari pada Mei depan.

Ryeowook atau Kim Rye Wook, 37, berkata, dia membuat keputusan mendirikan rumah tangga disebabkan sudah sampai masanya dia dan Ari bergelar suami isteri selepas empat tahun menjalin cinta.

Kata Ryeowook, keputusan berkahwin juga bukan dibuat secara mengejut namun sudah mendapat persetujuan daripada keluarga, anggota Super Junior, kumpulan Ari serta pihak pengurusan mereka.

sj - 1

Ryeowook berkongsi berita gembira di Instagram miliknya.

"Seperti yang anda semua tahu, saya kini sedang mengenali seseorang. Selepas menghabiskan banyak masa bersama, perasaan ingin membina sebuah keluarga membuak-buak.

"Ia sama sekali bukan keputusan yang mengejut tetapi selepas berbincang dengan semua pihak, saya dan Ari memutuskan berkahwin pada akhir Mei depan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota Super Junior rasa diperdagangkan bapa sendiri, bergelar bintang kpop tak seindah disangka

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan Lee Jae Wook ditentang, peminat hantar trak depan agensi paksa Karina Aespa mohon maaf

Ryeowook berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Untuk rekod, Ryeowook dan Ari atau Kim Sun Young, 30, mula menjalinkan hubungan secara terbuka pada September 2020.

Ari memulakan kerjaya sebagai anggota kumpulan Tahiti pada 2012 sehingga kumpulan itu dibubarkan pada 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain