suria

Isteri bantu bekas kekasih Raffi Ahmad, Tyas Mirasih menangis kenang kebaikan Nagita Slavina

Tyas mendedahkan Nagita membantu biaya kos rawatan ibunya.

PELAKON Tyas Mirasih terhutang budi dengan isteri bekas teman lelakinya Raffi Ahmad yang pernah membantu membiayai kos rawatan ibunya di hospital tahun lalu.

Tyas, 36, mendedahkan dia menghubungi isteri Raffi iaitu Nagita Slavina untuk menjual beg tangannya dengan harapan aktres itu sudi membelinya.

Bagaimanapun Nagita tidak membeli beg tangan tersebut sebaliknya memberikan sejumlah wang kepada Tyas untuk digunakan merawat ibunya.

Untitled design - 2024-03-29T162839.280

Tyas bersyukur menerima bantuan daripada Nagita.

"Ramadan tahun lalu, ibu saya sakit dan tiada jaminan insurans, jadi besar juga belanja terpaksa saya keluarkan.

"Nagita pesan yang dia ikhlas mahu membantu saya dan minta saya jual sahaja beg itu kepada orang lain.

"Saya bersyukur sangat kerana jumlah diberikan sangat banyak dan cukup membantu ketika itu," katanya sambil mengalirkan air mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad bimbang bayi dalam kandungan isteri kecil... Nagita Slavina makan terlalu sedikit - “Dia diet nak nampak cantik”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas enam tahun menunggu, Raffi Ahmad teruja Nagita Slavina hamil anak kedua

Tyas berkongsi perkara itu ketika muncul dalam podcast yang dikendalikan Raffi dan Nagita iaitu Sahurans pada Khamis.

Dalam pada itu, netizen memuju sikap murah hati dan keikhlasan Nagita membantu orang lain tanpa mengira latar belakang.

"Sisi positif Nagita yang saya kagum, membantu orang tanpa mengambil kira siapa orang itu," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain