suria

Tabiat kunyah 150 kali sebelum telan bawa padah, gigi IU rosak teruk

IU bakal membuat persembahan di Malaysia pada 8 dan 9 Jun 2024.

PENYANYI IU mendedahkan mempunyai tabiat mengunyah sesuatu makanan dalam tempoh lama sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan gigi.

IU atau Lee Ji Eun, 31, berkata, dia melakukan perkara itu disebabkan mengalami kesukaran menelan makanan.

Malah katanya, setiap kali makan dia mengira berapa kali dia mengunyah dan biasanya sebanyak 150 kali sebelum menelan makanan.

IU bakal membuat persembahan di Malaysia pada 8 dan 9 Jun 2024.

IU bakal membuat persembahan di Malaysia pada 8 dan 9 Jun 2024.

"Apabila saya pergi berjumpa doktor gigi, saya diminta mengurangkan mengunyah makanan.

"Saya kira berapa kali saya kunyah dan biasanya sekitar 150 kali sebelum telan," katanya.

IU memberitahu tabiat menyungah terlalu lama juga cara dia menikmati makanan terutama hidangan kegemarannya iaitu Tangsuyuk atau babi masak masam manis.

ARTIKEL BERKAITAN: IU buka cerita dipukul ibu sewaktu kecil, punggung masih terasa sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Tajam mata netizen... Lee Jong Suk hadir konsert IU, duduk sekali dengan penonton

Pun begitu, IU memberitahu buat masa ini dia hanya makan bubur sebagai diet selain mahu mengurangkan tabiat mengunyah.

Apatah lagi ketika ini dia sedang sibuk berlatih untuk konsert jelajah dunianya yang bakal bermula Jun depan.

Konsert jelajah H.E.R. bakal memperlihatkan IU singgah di beberapa buah negara termasuk Singapura, Jepun, Thailand dan Amerika Syarikat.

Manakala IU bakal menghiburkan peminat di Malaysia selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 Jun 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain