suria

Rasa tercabar dengan pendatang baharu lebih berbakat, Rain terfikir mahu bersara

Rain masih pertimbangkan keputusan ingin bersara dari dunia hiburan.

HAMPIR 26 tahun bergelar seorang penghibur, penyanyi Rain meluahkan hasrat ingin bersara dari dunia hiburan.

Rain, 41, berkata, dia merasakan dirinya sudah tidak relevan memandangkan semakin ramai pelapis baharu yang lebih berbakat dan diminati peminat.

Bagaimanapun ia masih dalam pertimbangan kerana banyak faktor perlu diambil kira sebelum membuat keputusan bersara.

1711748892-header-photo

Pendedahan Rain buat ramai peminat terkejut.

"Saya sekarang banyak menghabiskan masa dengan berfikir sama ada saya mengikuti perkembangan semasa atau sudah tiba masanya untuk saya tamatkan segala-galanya?

"Sekarang ada banyak lagi selebriti yang lebih berbakat. Saya selalu fikir adakah perlu saya terus kekal aktif dalam industri," ujarnya.

Rain berkongsi perkara itu menerusi video di saluran YouTube miliknya ketika dia melawat bangunan lama syarikat pengurusannya iaitu JYP Entertainment.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersenam dua kali sehari, Rain terkejut laporan perubatan tunjuk dia pra obesiti

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh kedekut belanja artis muda, Rain saman YouTuber sebar berita palsu

Dalam pada itu, Rain memberitahu sepanjang kariernya dia sudah bekerja keras menghiburkan peminat namun sentiasa berasa bimbang sama ada apa dilakukan mencukupi.

"Adakah saya sudah cukup bekerja keras dan memenuhi jangkaan orang ramai? Itu yang selalu bermain dalam fikiran saya," katanya.

Luahan hari Rain itu mendapat perhatian ramai peminatnya yang rata-rata berharap dia terus kekal akitf sebagai selebriti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain