suria

Lizzo penat berat badan jadi bahan jenaka, beri bayangan undur diri sebagai penyanyi

Lizzo sudah tidak tahan jadi mangsa buli siber.

PENYANYI Lizzo mengambil keputusan mengundurkan diri selepas tidak tahan menjadi mangsa buli siber yang menghina penampilan dan karakternya.

Lizzo, 35, menerusi hantaran di Instagram memberitahu dia mula merasakan seluruh dunia sudah tidak mahukan dirinya.

Bagaimanapun penyanyi itu tidak menjelaskan secara spesifik sama ada dia mengundurkan diri daripada dunia muzik atau media sosial.

191008145350-lizzo-radio-city-music-hall-trnd

Lizzo mengumumkan dia mengundurkan diri di Instagram.

"Saya berasa letih apabila sering menjadi mangsa semua orang di internet," tulisnya.

Hantaran itu dibuat Lizzo sehari selepas peguam yang mewakili bekas penarinya menyelar tindakan sebuah penganjur badan amal yang melibatkan penyanyi berkenaan meskipun sedang berdepan tuduhan jenayah seksual di mahkamah.

Selain gangguan seksual, Lizzo berdepan tuduhan membuli para penarinya dan mewujudkan suasana kerja tidak sihat dalam kalangan pekerjanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rebel Wilson akui berat badan turun 8kg gara-gara set penggambaran panas!

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas berjaya turun berat badan 27 kg, Rebel Wilson berpisah dengan teman lelaki

Bagaimanapun Lizzo menafikan semua tuduhan dibuat terhadapnya.

Dalam pada itu, Lizzo memberitahu dia hanya mahu berkarya dan membuatkan orang ramai gembira dengan muzik dihasilkan.

Lizzo berkata, dia sudah letih apabila ramai menentang dan membulinya dalam talian dan menjadikan kisah dirinya sebagai bahan berita.

Malah katanya, berat badannya juga sering dijadikan bahan jenaka oleh netizen membuatkan dia sering berasa rendah diri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain