ANAK kepada pelakon Nikita Mirzani iaitu Laura Meizani Mawardi sekali lagi menjadi bualan ramai gara-gara kelakuan tidak beradab ditunjukkan ke atas pembantu rumah. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @dandi_mwrdi, sewaktu Laura atau lebih dikenali sebagai Lolly masih bersama ibunya beberapa tahun lalu, dia dilihat berjalan bersama adik dan seorang pembantu rumah. Lolly yang duduk di kerusi penumpang kereta milik Nikita sedang menikmati snek dan ketika pembantu rumahnya meminta makanan tersebut, Lolly sempat menjilat makanan itu sebelum diberikan kepada wanita berkenaan. Lolly didakwa tiada adab dengan pembantu rumah. Anak kepada aktres berkenaan turut mentertawakan pembantunya itu yang reda menerima snek bekas jilatannya. Biarpun perkongsian video tersebut menunjukkan kemesraan Nikita dan Lolly sebelum berdepan kemelut keluarga, rata-rata netizen lebih fokus melihat adab yang ditunjukkan oleh anak perempuan aktres tersebut. Kata netizen, sikap yang ditunjukkan oleh Lolly itu menggambarkan karakternya yang sebenar dan tidak hairanlah sekiranya Nikita sering memberitahu anaknya suka membuat masalah. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dibuang keluarga, anak Nikita Mirzani kantoi bawa lari RM27,000 ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi kaitan dengan anak sulung, Nikita Mirzani buang nama Lolly sebagai pewaris harta "Melihat sahaja video ini buat saya percaya kepada ibunya yang berkata Lolly memang suka buat masalah. "Biadapnya beri snek yang dijilat kepada pembantu rumah," tulis netizen. Sebelum ini, Nikita juga nekad menggugurkan nama Lolly daripada daftar keluarga. Dia juga enggan mengakui Lolly sebagai anak dan menegaskan sudah tiada kaitan dengan remaja berkenaan. Tidak hanya itu, Nikita turut memuat naik dokumen bertarikh 27 Februari lalu yang menyatakan Lolly sudah tiada lagi dalam senarai waris hartanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!