suria

The Rock tak lagi sokong Joe Biden, ikut majoriti pilihan rakyat sebagai presiden AS

Dwayne Johnson kesal dengan cara kepimpinan Joe Biden.

PELAKON Dwayne Johnson menyesal menyokong Joe Biden sebagai presiden dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) empat tahun lalu.

Dwayne atau The Rock, 51, memberitahu dia tidak lagi akan menyokong presiden AS itu secara terbuka menerusi pertembungan semula Joe dan Donald Trump pada November depan.

“Adakah saya akan melakukannya lagi tahun ini? Jawapannya tidak!, " katanya.

NP-19

Joe ketika ditemu bual bercakap tentang masa depan Amerika Syarikat.

Namun Dwayne berkata dia akan menyokong sepenuhnya individu yang dipilih sendiri oleh rakyat negara berkenaan.

Dwayne bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci sebab dia berpaling tadah terhadap Joe.

Sebelum ini, Dwayne antara selebriti yang cukup lantang menunjukkan sokongan terhadap Joe malah menyifatkan beliau sebagai manusia berhati mulia.

ARTIKEL BERKAITAN: The Rock tak minat bertanding jadi presiden Amerika, lebih suka habiskan masa bersama anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas sedekad jadi pelakon, The Rock akhirnya kembali ke gelanggang WWE

Dalam pada itu, Dwayne menegaskan dia langsung tidak berminat melibatkan diri dalam arena politik sebaliknya mahu memberi fokus kepada keluarga.

“Saya sangat mengambil berat tentang negara saya! Saya bersifat patriotik tapi buat masa ini keinginan dan keutamaan saya adalah anak-anak," jelasnya.

Untuk rekod, Dwayne mempunyai dua anak perempuan berusia lapan dan lima tahun hasil perkongsian hidup dengan isteri Lauren Hashian.

Dia juga mempunyai seorang anak perempuan berusia 22 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain