suria

Rasa tak ‘puas’ membuang seorang diri, Tori Spelling mahu ditemani ketika guna tandas

Tori akhirnya dedahkan kebiasaan yang dilalui semasa berkahwin.

PELAKON Tori Spelling mendedahkan dia tidak biasa ke tandas ke tandas seorang diri semenjak berkahwin dengan Dean McDermott.

Tori atau Victoria Davey Spelling, 50, berkata, sepanjang mereka berkahwin selama 18 tahun, bekas suaminya itu akan menemaninya jika dia ingin membuang air kecil atau besar.

Namun sejak berpisah, anak-anaknya pula yang menjadi pengganti tugas Dean.

tori 2

Tori bersama Dean dan anak-anaknya.

"Mula-mula Dean sekarang anak-anak saya.

"Mereka berdiri dan melihat saya sambil bercakap ketika membuang air besar. Saya rasa ia sangat membantu saya," katanya.

Tori berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu podcast Misspelling baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tori Spelling Disaman Gagal Bayar Hutang Kad Kredit

ARTIKEL BERKAITAN: Brangelina Bawa Keluarga Pindah Ke London

Pendedahan itu dibuat selepas orang ramai meminta agar dia menjalani kehidupan gembira selepas berpisah dengan Dean.

Untuk rekod, Tori dan Dean mendirikan rumah tangga pada 2006 dan berpisah 2023.

Mereka memiliki lima orang cahaya mata bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain