BINTANG realiti Kourtney Kardashian berkongsi rahsia mengamalkan minum susu badan sendiri ketika dia berasa tidak sihat. Kourtney, 45, berkongsi petua itu menerusi sebuah foto yang dimuat naik di Instastory miliknya baru-baru ini. "Saya baru sahaja memerah susu badan kerana tidak sihat, selamat malam!," katanya. Kourtney mengamalkan minum susu badan ketika tidak sihat. Perkongsian Kourtney itu tidak dianggap pelik peminat kerana sebelum ini dia sering berkongsi pelbagai petua dengan peminat. Malah adiknya, Kim Kardashian pernah menyapu susu badan Kourtney pada badannya akibat mengalami masalah kulit. Pada 1 November tahun lalu, Kourtney melahirkan anak pertamanya bersama Travis Barker yang juga merupakan pemain dram kumpulan Blink 182. ARTIKEL BERKAITAN: Kourtney Kardashian umum hamil, buat kejutan untuk Travis Barker di konsert Blink-182 ARTIKEL BERKAITAN: Bukan alami keguguran, Kourtney Kardashian keluar hospital dipimpin suami Sebelum ini, Kourtney juga sering berkongsi kata-kata semangat buat wanita yang berdepan masalah perubahan fizikal selepas bersalin. Kata Kourtney, dia juga mengalami masalah yang sama lebih-lebih lagi apabila menyusukan badan. "Anda mempunyai bentuk tubuh yang cantik tidak kira waktu. Semasa hamil, kita akan bersinar dan membesar dan selepas bersalin kita melalui proses penyembuhan serta mengecut. "Saya juga melalui tempoh itu dan saya rasa paling sukar kerana badan ini masih menyesuaikan diri lebih-lebih lagi ketika menyusu badan," ujarnya. Untuk rekod, Kourtney sebelum itu pernah menjalinkan hubungan dengan Scott Disick dan mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Mason, Reign dan Penelope. Kourtney dan Scott bagaimanapun berpisah pada 2015 dan mula menjal Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!