PENYANYI Park Bo Ram meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam tandas kediaman rakannya pada malam Khamis. Allkpop melaporkan, Bo Ram, 30, datang ke rumah rakannya itu untuk menghabiskan masa bersama sebelum dia pergi ke tandas kira-kira pukul 9.55 malam. Bagaimanapun salah seorang rakan mendiang berasa tidak sedap hati apabila penyanyi itu terlalu lama di dalam tandas dan pergi memeriksa keadaannya. Pemergian Bo Ram mengejutkan ramai peminat. Ketika pintu tanda dibuka, rakannya itu mendapati Bo Rum berada dalam keadaan membongkok berhampiran sinki dan tidak sedarkan diri. Mereka segera menghubungi ambulans selain cuba memberikan bantuan pernafasan segera. Penyanyi itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Guri Universiti Hanyang di Seoul sebelum disahkan sudah tidak bernyawa pada pukul 11.17 malam. ARTIKEL BERKAITAN: Peserta Superstars K2 Hilang 32 Kilogram Demi Jadi Penyanyi ARTIKEL BERKATAIN: Seo In Guk, Park Bo Ram berpisah selepas dua tahun bercinta Ketika ini pihak berkuasa masih menyiasat punca kematian mendiang. Untuk rekod, Bo Ram mula dikenali selepas menyertai program SuperStar K2 pada 2010 dan muncul secara rasmi sebagai penyanyi pada 2014 menerusi lagu popularnya Beautiful. Bo Ram juga turut terkenal sebagai penyanyi lagu runut bunyi (OST) drama popular Reply 1988 iaitu Hyehwadong dan Please Say Something. Mendiang turut dilaporkan sedang dalam proses persediaan membuat kemunculan semula termasuk meraikan ulang tahun ke-10 penglibatannya dalam bidang seni. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!