SELEPAS memberi bayangan bakal bersara dalam dunia seni, penyanyi BoA memadam semua hantaran di Instagram miliknya. Tindakan tersebut menguatkan lagi spekulasi dia mahu meninggalkan kerjayanya selepas 24 tahun bergelar penyanyi. Lebih mengejutkan lagi BoA atau Kwon Bo Ah, 38, sebelum ini aktif berkongsi luahan serta mempromosikan album baharunya. BoA memadam semua gambar di Instagram. Minggu lalu BoA menerusi satu perkongsi di Inststory memaklumkan sudah tiba masanya untuk berhenti menyanyi. Bagaimanapun hasrat tersebut tersebut terpaksa ditangguhkan kerana masih terikat dengan kontrak bersama syarikat pengurusan SM Entertaiment. "Kotrak saya tamat pada 31 Disember 2025. Sehingga tarikh tersebut saya akan terus memberikan yang terbaik sebagai penyanyi BoA. Kepada peminat, anda semua jangan bimbang," jelasnya. ARTIKEL BERKAITAN: 24 tahun bergelar penghibur, BoA luah hasrat tinggalkan dunia muzik ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun selepas berkahwin, Ma Dong Seok akhirnya bakal adakan majlis resepsi BoA memulakan kerjaya seni seawal usia 13 tahun dan dia antara penyanyi wanita yang bangkit ketika industri K-pop mula mendapat sambutan di seluruh dunia. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini namanya turut menjadi bualan ramai susulan pelbagai komen negatif di media sosial. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!