SUDAH menjadi seperti acara tahunan, bintang Bollywood Shah Rukh Khan membuat kemunculan di balkoni kediaman mewahnya di Mannat bagi menyapa peminat yang menyerbu rumahnya bersempena sambutan Aidilfitri. Shah Rukh, 59, membuat kemunculan di balkoni rumahnya bersama anak bongsu, Abram memakai kurta berwarna putih membuatkan peminat menjerit sejurus melihat kelibatnya. Media di India melaporkan peminat mula berkumpul di hadapan kediaman mewah Shah Rukh sejak awal pagi dan bilangan yang berkumpul semakin bertambah sehingga menyebabkan kesesakan. Shah Rukh Khan ketika berada di balkoni rumahnya. Malah pihak polis terpaksa datang mengawal keadaan sementara menanti Shah Rukh keluar bertemu dengan peminat. Tidak hanya itu, acara tersebut turut mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa. Shah Rukh sebelum ini memberitahu dia akan cuba menyapa peminat yang berkumpul di luar rumahnya sebagai tanda menghargai kedatangan dan sokongan peminat terhadap kariernya sebagai pelakon. ARTIKEL BERKAITAN: Tahun terburuk buat Shah Rukh Khan, sedih ramai ramal zaman ‘kematian’ ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shah Rukh Khan tunai umrah pertama kali... peminat sebak dan menangis Sementara itu, Shah Rukh turut meninggalkan ucapan selamat hari raya buat peminat menerusi ciapan di X pada 1 Syawal lalu. "Selamat hari raya semua! Terima kasih kerana menjadikan hari saya begitu istimewa. “Semoga Allah merahmati kita semua dengan kasih sayang, kebahagiaan dan kesejahteraan,” katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!