TINDAKAN pemain drum kumpulan Blink-182 Travis Barker memuat naik foto isterinya di dalam tandas mengundang rasa kurang senang ramai. Mana tidaknya, Kourtney Kardashian sedang duduk di atas mangkuk tandas seolah-olah sedang membuang air sambil tersenyum ketika gambarnya dirakam. Travis turut memuat naik beberapa gambar lain Kourtney bersama foto tersebut bersempena ulang tahun kelahiran bintang realiti itu yang ke-45 tahun. Netizen anggap Tarvis sanggup memalukan isteri sendiri demi popular. "Selamat hari lahir buat isteriku yang cantik, belah jiwa dan sahabatku selamanya. "Saya sayang awak. Saya sayang hidup kita bersama. "Terima kasih kerana menjadi isteri yang paling hebat dan harapnya penggembaran kita akan terus kekal selamanya," kongsi Travis. Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa geli dengan perkongsian foto tersebut yang disifatkan sebagai tiada keperluan. ARTIKEL BERKAITAN: Kourtney Kardashian minum susu badan sendiri, cara sembuh kalau tak sihat ARTIKEL BERKAITAN: Kourtney Kardashian umum hamil, buat kejutan untuk Travis Barker di konsert Blink-182 "Dia hilang akal, sanggup kongsi perkara menjijikkan untuk terkenal. "Meloyakan, kenapa tak kongsi foto najis dia sekali. Tapi mereka secocok," antara komen netizen. Untuk rekod, Travis dan Kourtney mendirikan rumah tangga pada 2022 dan memiliki seorang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!