KEHIDUPAN pelakon dan pengacara Raffi Ahmad berubah selepas minum air basuhan kaki ibunya sekitar 11 tahun lalu. Cerita Raffi atau Raffi Faridz Ahmad, 36, ketika itu dia baharu sahaja dibebaskan daripada sebuah pusat pemulihan Indonesia akibat penyalahgunaan dadah dan karier seninya berada di hujung tanduk. Raffi memberitahu akibat perkara itu, dia kehilangan banyak tawaran pekerjaan termasuk namanya dibatalkan daripada membintangi drama serta program televisyen. Bagaimanapun kehidupannya berubah selepas dia berjumpa ibunya iaitu Amy Qanita untuk memohon keampunan dan minum air basuhan kaki wanita tersebut. Raffi hilang banyak tawaran pekerjaan selepas terlibat dengan dadah. Jelas Raffi, kehidupannya selepas itu berubah 100 peratus apabila mula dibanjiri pelbagai tawaran sehingga melonjakkan kembali karier seninya. "Selepas dibebaskan daripada pusat pemulihan, semua tawaran pekerjaan saya di stesen TV dibatalkan. "Saya sedar belum minta ampun dengan ibu, bersihkan kakinya dan saya minum air basuhan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Buka kisah 8 tahun lalu, Raffi Ahmad nafi ambil dadah tapi ubat perangsang ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bantu bekas kekasih Raffi Ahmad, Tyas Mirasih menangis kenang kebaikan Nagita Slavina "Alhamdulillah minggu seterusnya saya terus dapat tawaran kerja," katanya. Pada 27 Januari 2013, Raffi ditangkap anggota Badan Narkotika Nasional (BNN) bersama 16 orang lain dalam sebuah pesta dadah yang dianjurkan di kediamannya di Jakarta. BNN turut menemui 14 biji pil ekstasi ketika serbuan dibuat di rumah tersebut. Raffi kemudiannya menjalani pemulihan di Unit Pelaksana Terapi dan Rehabilitasi BNN di Lido, Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!