suria

Ria Ricis, Teuku Ryan sah cerai talak satu... Mahkamah arah bayar nafkah anak RM2,900 sebulan

Hak penjagaan anak diberikan kepada Ria.

PERKAHWINAN yang dibina pasangan selebriti Ria Ricis dan Teuku Ryan sejak dua tahun lalu akhirnya terlerai apabila mereka sah bercerai talak satu pada pagi Jumaat.

Ryan, 30, melafazkan talak itu di hadapan hakim Majlis Pengadilan Agama Jakarta Selatan.

Dengan penceraian itu, mahkamah turut membenarkan Ria mendapatkan hak penjagaan dan nafkah anak-anak.

Copy of Untitled (40)

Perkahwinan yang dibina akhirnya terlerai.

"Mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan plaintif (Ria) dengan memberikan talak satu dari defendan kepada plaintif.

"Anak dari kedua-dua mereka akan diletakkan dalam jagaan plaintif, serta menuntut defendan (Ryan) membayar nafkah anak sehingga dewasa," katanya.

Kenyataan tersebut dibuat oleh jurucakap Mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Teuku Ryan tunjuk usaha mahu berbaik, Ria Ricis nekad teruskan penceraian

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa minta duit nafkah daripada Ria Ricis, Teuku Ryan bagi amaran jangan burukkan namanya

Susulan itu, mahkamah turut menuntut Ryan membayar nafkah sebanyak RM2,900 (Rupiah 10 juta) sebulan kepada Ria sehingga anak mereka dewasa dan berdikari.

Bagaimanapun, keputusan ini disertakan dengan syarat Ria dilarang menghalang bekas suaminya berjumpa dengan anak mereka iaitu Moana yang kini berusia setahun.

"Plaintif tidak boleh menghalang defendan untuk memberikan kasih sayang terhadap anak tersebut," ujarnya.

Untuk rekod, Ria dan Ryan mendirikan rumah tangga pada 12 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain