suria

Tak sampai setahun bercinta, Kim Kardashian dan Odel Beckham Jr. sudah putus!

Kim dan Odell masih berkawan.

TIDAK sampai setahun membina hubungan mesra, bintang realiti Kim Kardashian dikhabarkan telah putus cinta bersama atlet bola sepak Amerika iaitu Odell Beckham Jr.

Menurut sumber, Kim dan Odell berpisah secara baik dan kini mereka masih mengekalkan hubungan sebagai kawan.

"Kim dan Odell sejak kebelakangan ini hanya membuat hal masing-masing. Kim sangat sibuk dan tidak memberikan sebarang tekanan kepada dirinya untuk mempunyai hubungan cinta.

Kim 1

Kim ketika ini hanya mahu memberikan fokus kepada anak-anak.

"Kim juga ketika ini hanya mahu memberikan fokus untuk menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya," katanya.

Tambah sumber, Kim juga kelihatan semakin bahagia dan gembira dengan kehidupan terkininya sebagai seorang yang tidak mempunyai kekasih.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan Taylor Swift punya fasal, Kim Kardashian hilang 500,000 pengikut IG

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian edit kapsyen IG selepas dikecam minat seni bina, netizen kaitkan isteri baharu Kanye West

Untuk rekod, Kim dan Odell mula mempunyai hubungan cinta bermula September tahun lalu.

Kim sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi rap Kanye West pada 24 Mei 2014 dan mempunyai empat cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain