suria

Makan sebiji kimbab setiap hari, Hyuna menyesal diet keterlaluan sehingga hilang berat 40Kg

Hyuna berkata penurunan berat badan jejaskan kesihatannya.

PENYANYI Hyuna menyesal pernah menjalani diet ekstrem dengan hanya makan satu biji nasi kepal (kimbab) setiap hari.

Kata Hyuna, 31, dia sedar tindakan itu salah apabila berat badannya turun mendadak sehingga 40 kilogram (kg) dalam masa yang singkat.

Jelasnya, penurunan berat badan menjejaskan kesihatan dan juga prestasi persembahannya di atas pentas.

Copy of Untitled (43)

Hyuna berkongsi perkara itu dalam program Season B.

"Berat saya pernah mencapai 40kg kerana saya hanya makan satu biji Kimbap satu hari, walaupun ketika itu jadual saya padat.

"Disebabkan itu kesihatan saya merosot bermula dari umur saya 26 tahun, saya mahu buat yang terbaik untuk peminat tapi saya tak mampu," katanya.

Hyuna berkongsi perkara itu apabila dijemput menjadi bintang tamu program Season B bersama penyanyi Rain.

ARTIKEL BERKAITAN: Hyuna dan Yong Junhyun kongsi gambar romantis, tapi peminat pula tak setuju mereka bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: HyunA dituduh curang dan pernah gugurkan kandungan, DAWN pula mahu ambil tindakan undang-undang

Dalam pada itu, penyanyi lagu Trouble Maker itu memaklumkan dia mula mengubah gaya pemakanannya bermula tahun lepas.

Menurutnya, dia sedar bentuk badan langsing tidak menjamin kebahagian buat dirinya.

"Apabila tiba waktu saya tersedar, saya tanya diri saya adakah ini kebahagiaan yang saya mahukan?

"Sejak tahun lalu, saya mula sedar untuk bersyukur dengan setiap perkara dalam kehidupan saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain