suria

1.6 juta penonton banjiri konsert, Madonna cipta sejarah terbaik sepanjang karier

Madonna mencipta sejarah ketika kariernya memasuki usia empat dekad.

PENYANYI Madonna mencipta sejarah apabila konsert jelajahnya di Brazil mencatatkan kehadiran 1.6 juta penonton.

Angka itu sekali gus menjadikan Madonna, 66, sebagai artis pertama dalam sejarah muzik yang berjaya menghimpunkan penonton seramai itu.

Persembahan secara percuma itu berlangsung di Pantai Copacabana, Rio de Jenairo dan ia persembahan penutup konsert jelahahnya iaitu The Celebration Tour.

Copy of Untitled (62)

Madonna menunjukkan aksi berani di atas pentas.

Tidak hanya mencipta rekod muzik, kehadiran penonton itu sekali gus adalah pencapaian terbaik dalam karier seninya sejak empat dekad lalu.

Penampilan penyanyi lagu Vogue itu juga mencuri perhatian apabila mempamerkan aksi menjolok mata dengan menggayakan baju jarang bersama skirt pendek atas paha.

ARTIKEL BERKAITAN: Terjatuh dari kerusi diseret penari, netizen minta Madonna bersara

ARTIKEL BERKAITAN: Madonna sidai peminat 3 jam, selamba cium kekasih muda sejurus muncul di atas pentas

Bukan itu sahaja, Madonna turut menampilkan aksi berpelukan mesra bersama penari latar yang mengiringi persembahannya.

Bagaimanapun ramai memuji stamina Madonna di atas pentas walaupun usianya hampir mencecah 70 tahun.

Untuk rekod, Madonna memulakan kerjaya nyanyiannya sejak awal 80-an menerusi lagu Everybody dan sejak itu dia adalah antara bintang paling bersinar dan diingati di seluruh dunia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain