suria

Dokumen mahkamah tersebar, Teuku Ryan gagal beri nafkah batin punca Ria Ricis minta cerai

Ria dakwa suami tidak melaksakan tanggungjawab sebaiknya.

SELEPAS sah bercerai pada Jumaat lalu, kisah pasangan rumah tangga Ria Ricis dan Teuku Ryan terus menjadi bualan hangat susulan tular dokumen mahkamah berhubung punca perpisahan mereka.

Menerusi dokumen yang tersebar, dinyatakan salah satu punca perselisihan antara mereka adalah disebabkan Ryan gagal memberi nafkah batin kepada Ria.

Perkara tersebut dilaporkan oleh Ria yang mendakwa kurang melakukan hubungan intim bersama bekas suaminya itu sejak Januari tahun lalu.

ria ricis 3

Hubungan intim suami isteri mula kurang sejak Ria hamil.

Dalam dokumen yang tertulis, Ria juga memberitahu hubungan mereka semakin pudar ketika dia sedang hamil anak mereka.

Malah dakwaan tersebut juga mendapat sokongan doktor yang mengesahkan Ria sukar bersalin secara normal gara-gara kurang melakukan hubungan bersama suami ketika itu.

Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan oleh Ryan sekaligus enggan membicarakan masalah tersebut ketika prosiding di mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis, Teuku Ryan sah cerai talak satu... Mahkamah arah bayar nafkah anak RM2,900 sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Teuku Ryan tunjuk usaha mahu berbaik, Ria Ricis nekad teruskan penceraian

Menjawab dakwaan berkenaan, Ryan memberitahu dia bimbang tindakan melakukan hubungan intim bersama Ria boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.

Ryan juga menjelaskan dia sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dalam memberi nafkah batin selepas Ria selamat melahirkan anak pertama mereka pada Julai 2022.

Untuk rekod Ryan dan Ria mendirikan rumah tangga pada 12 November 2021 dan mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain