PELAWAK Sule mengesahkan bakal menantunya iaitu penyanyi Mahalini bakal memeluk agama Islam sebelum melangsungkan pernikahan dengan Rizky Febian. Malah Sule, 48, juga menegaskan berita tentang anaknya, Rizky sudah bernikah di Bali, Indonesia pada Ahad adalah tidak benar. Sebaliknya acara pernikahan pasangan ini bakal berlangsung di Jakarta pada 8 Mei ini. Mahalini dan Rizky bakal bernikah mengikut cara Islam. "Berita yang tersebar tentang adanya majlis resepsi adalah tidak benar. Selepas ini baru akan ada acara pernikahan. "Mahalini akan berpindah agama dan keluarganya sudah izinkan. Kini sudah boleh bernikah mengikut cara Islam di Jakarta," katanya. Sule berkongsi perkara tersebut dalam video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Rizky dan Mahalini dirai ikut adat Bali, nikah di Jakarta 8 Mei ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian dituduh murtad rai Nyepi di Bali, Mahalini bersuara pertahan tunang Dalam video berkenaan dia turut menjelaskan istiadat mepamit yang dilakukan di kediaman keluarga Mahalini di Bali bukannya upacara pernikahan mereka. Sebaliknya upacara tersebut dianggap sebagai adat meminang atau meminta izin keluarga untuk Rizky menjadikan Mahalini sebagai isterinya. Sule juga meminta orang ramai agar tidak salah faham sehingga ada menganggap Rizy dan Mahalini sudah bernikah meskipun mereka berbeza agama. Acara mepamit berlangsung di kediaman keluarga Mahalini. "Ini adalah acara mepamit. Kami keluarga lelaki meminta izin untuk meminang. Yang katakan ia sebagai acara penikahan, itu adalah salah. "Jika mahu lebih jelas sila baca di Google supaya tidak salah faham," jelasnya. Sebelum ini kecoh tentang penikahan antara Mahalini dan Rizky yang dikatakan tidak sah susulan kedua-duanya berbeza agama. Mahalini merupakan penganut agama Hindu manakala Rizky pula seorang Muslim. Untuk rekod pasangan ini melangsungkan pertunangan pada 7 Mei tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!