suria

Ramai tergugat wajah kacaknya, model Itali kena pecat iringi selebriti di Met Gala

Eugenio ketika mengiringi Kylie ketika Met Gala 2023.

MODEL asal Itali Eugenio Gasnighi dipecat daripada menjadi pengiring acara Met Gala tahun ini kerana berwajah tampan.

Eugenio mendedahkan dia dimaklumkan mengenai perkara tersebut pada Isnin lalu selain dilarang menghadiri acara gilang gemilang itu.

Pemecatannya itu disebabkan wajah tampannya menjadi bualan dan tular di media sosial ketika dia menjadi pengiring kepada bintang realiti Kylie Jenner tahun lalu.

met gala 2

Eugenio mengiring Kylie pada malam berkenaan.

Perhatian diterimanya membuatkan kemunculan Kylie tenggelam dan gagal menjadi perbualan dalam kalangan peminat apabila tumpuan diberikan kepada Eugenio.

"Saya bekerja sebagai pengiring Met Gala sejak dua tahun lalu dan pihak pengurusan memilih memecat saya tahun ini pada saat akhir.

"Sebab dipecat adalah kerana saya menjadi perhatian sehingga tular berbanding selebriti yang hadir ke Met Gala," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat syak Kylie Jenner dan Timothee Chalamet sudah berpisah, tiada lagi foto keluar bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner koyak kena sekolah dengan netizen, padam hantaran sokongan terhadap Israel

Eugenio berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Eugenio percaya Kylie membuat aduan mengenai perkara itu kepada pihak pengurusan Met Gala kerana tidak berpuas hati dia lebih menonjol.

Model itu juga sempat memberi bayangan mengenai sikap beberapa selebriti yang disifatkan sebagai kurang menyenangkan.

Met Gala 2024 dijadualkan berlangsung di Muzium Seni Metropolitan New York pada 6 Mei.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain