suria

Tekanan punca Teuku Ryan abai nafkah batin, tak ghairah tengok Ria Ricis sebab fikir masalah

Ryan akui kekhilafan sebagai suami.

SUSULAN penyebaran dokumen penceraiannya baru-baru ini, pelakon Teuku Ryan akhirnya tampil menjelaskan punca dia jarang melakukan hubungan intim dengan Ria Ricis sepanjang perkahwinan mereka.

Ryan memberitahu terdapat beberapa punca dia tidak mampu melakukan hubungan suami isteri termasuk sering berada dalam keadaan tertekan akibat masalah dihadapi.

Tekanan tersebut kata Ryan membuatkan dia hilang rasa ghairah apabila melihat Ria sehingga mengabaikan nafkah batin terhadap bekas isterinya itu.

Teuku-Ryan-sudutpandang.id_

Giliran Ryan pula buka kisah rumah tangga.

"Perkara ini agak sensitif tapi yang pasti saya bersamanya secara halal.

"Hubungan intim perlu dilakukan dengan rasa bahagia dan tenang di dalam hati tapi saya sering berada dalam keadaan tertekan.

"Tekanan membuatkan rasa ghairah itu hilang sehingga menyebabkan saya mengabaikan nafkah batin terhadap isteri," katanya.

Dalam pada itu, Ryan memberitahu tuduhan ibunya mencuri sebelum ini antara punca dia sentiasa berada dalam keadaan gelisah dan tertekan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dokumen mahkamah tersebar, Teuku Ryan gagal beri nafkah batin punca Ria Ricis minta cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis, Teuku Ryan sah cerai talak satu... Mahkamah arah bayar nafkah anak RM2,900 sebulan

Ditambah perlu menggalas tanggungjawab membayar dua buah rumah mewah membuatkan dia bertambah tertekan kerana ia di luar kemampuan.

"Ibu dituduh mencuri selain sentiasa berfikir cara nak bayar dua buah rumah mewah sedangkan saya tidak mampu membuatkan hidup saya bertambah tertekan.

"Ia sekali gus memberi kesan kepada rasa ghairah dan tak mampu berfikir perkara lain selain menyelesaikan masalah," jelasnya.

Ria-Ricis-Teuku-Ryan

Ria dan Ryan miliki seorang cahaya mata perempuan.

Bagaimanapun rata-rata netizen berpendapat penjelasan tersebut tidak ikhlas selain Ryan dilihat membaca skrip kerana terlalu menjaga tutur katanya.

Untuk rekod Ryan dan Ria mendirikan rumah tangga pada 12 November 2021 dan mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana.

Pasangan ini sah bercerai talak satu pada 3 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain