suria

Terlebih manja macam budak-budak, punca Rizky Irmansyah putus dengan Nikita Mirzani

Nikita sikap seperti budak-budak?

PELAKON kontroversi Nikita Mirzani memberitahu perwatakan manja seperti kanak-kanak antara punca hubungannya dengan Rizky Irmansyah berakhir dengan perpisahan.

Nikita memberitahu Rizky mengambil keputusan mengakhiri hubungan mereka hanya selepas sebulan bercinta kerana tidak tahan dengan sikapnya itu.

Bagaimanapun Nikita atau Nikita Mirzani Mawardi, 38, berkata, dia tidak pernah mempamerkan sikap manja dan gedik dengan lelaki lain.

553

Nikita Mirazani bersama bekas kekasihnya Rizky Irmansyah

"Saya tak pernah menunjukkan sikap manja atau gatal dengan lelaki lain selain pasangan saya.

"Memang saya akui apabila dengan orang tersayang, saya suka mempamerkan sikap manja sebagai cara menunjukkan rasa cinta," katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini masih berharap dapat bertemu dengan seseorang dan menjalinkan hubungan stabil.

Walaupun ramai tidak mempercayainya, namun Nikita memberitahu dia adalah seorang wanita yang setia apabila melibatkan hubungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan sudah berakhir, Nikita Mirzani dedah jadi mangsa dera bekas teman lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih curang dengan puluhan wanita, Nikita Mirzani sanggup mati daripada kembali ke pangkuan Rizky Irmansyah

"Saya kalau dah sayang seseorang memang saya akan setia pada yang satu itu sahaja," ujarnya.

Bagaimanapun kata Nikita, dia tidak dapat memberi jaminan mampu mengubah sikap manjanya jika bertemu jodoh dengan orang lain selepas ini.

Menganggap ia sebagai satu kelemahan, Nikita memberitahu sehingga saat ini dia masih belum dapat mengatasi perkara itu.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain