suria

Kim Hyun Joong tak kekok pegang cangkul, kongsi kehidupan sebagai petani

Hyun Joong berkongsi kehidupan terbaharu sebagai petani.

WALAUPUN bergelar selebriti popular, pelakon Kim Hyun Joong nampaknya tidak kekok bergelar seorang petani.

Malah kata pelakon drama Boys Over Flower ini, dia jatuh cinta dengan pekerjaan tersebut selepas menjalani kehidupan di kawasan luar bandar tanpa sengaja.

Pengalaman bergelar petani membuatkan dia lebih menghargai kehidupan dan menghormati mereka yang bekerja dalam bidang tersebut.

kim - 1

Hyun Joong menunjukkan batasan tanaman yang diusahakan olehnya.

"Kehidupan di luar bandar yang bermula secara kebetulan. Saya menghormati individu terlibat dalam bidang pertanian," katanya.

Dalam pada itu, Hyun Joon turut berkongsi pengalamannya sebagai petani dengan peminat menerusi video blog yang disiarkan di saluran YouTube miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Kekasih Kim Hyun Joong Tak Puas Hati Keputusan Mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Teman Wanita Diarah Bayar Ganti Rugi Kepada Kim Hyun Joong

Malah pelakon itu dilihat benar-benar menjiwai watak sebagai petani termasuk memakai topi pelindung cahaya matahari ketika berada di ladang jagung.

"Anda boleh menonton kisah kehidupan luar bandar saya di YouTube.

"Apabila jagung yang saya tanam sudah boleh dituai, saya akan kongsi dengan anda semua," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain