suria

Kekasih 40 tahun lebih muda, Cher pilih anak ikan sebab lelaki sebaya semuanya sudah ‘pergi’

Cher dan Alexander bahagia selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

HUBUNGAN penyanyi Cher bersama rapper Alexander Edwards sentiasa menjadi perhatian susulan perbezaan usia 40 tahun di antara mereka.

Ramai turut mempersoalkan selera Cher, 78, terhadap lelaki muda dan merasakan penyanyi lagu Believe itu sepatutnya mencari pasangan sebaya dengannya.

Cher memberitahu dia bukannya tidak mahu mencari pasangan sebaya dengannya namun kebanyakan lelaki seusianya sudah meninggal dunia.

Lelaki yang masih hidup kebanyakkannya masih hidup dan itu sahaja pilihan yang ada untuknya.

size NP 1 - 2024-05-07T150807.774

Cher bahagia dengan pasangan yang 40 tahun lebih muda dari dirinya.

"Saya dapat lelaki muda sebab lelaki sebaya saya atau lebih tua semuanya sudah mati.

"Sebelum ini pun saya tak pernah bercinta dengan lelaki seusia sebab mereka takut mendekati saya. Hanya 'anak ikan' yang menerima saya seadanya," katanya.

Cher berkongsi perkara itu ketika ditemu bual semasa penampilan di The Jennifer Hudson Show.

ARTIKEL BERKAITAN: Cher dituduh mentua dari neraka, minta anak fail cerai dan tuntut hak penjagaan harta

ARTIKEL BERKAITAN: Impian lama jadi kenyataan, Cher buka bisnes jual ais krim

Jennifer turut memuji Alexander kerana berani mendekati Cher dan bercinta dengannya dan penyanyi itu bersetuju dengannya.

Kata Cher, keberanian lelaki seperti Alexander adalah disebabkan kekasihya itu dibesarkan oleh wanita tegas sepertinya.

"Ya, dia dibesarkan oleh wanita seperti saya," kongsinya.

Cher dan Alexander, 38, mula menjalinkan hubungan pada 2022 selepas bertemu ketika sama-sama hadir ke Minggu Fesyen Paris.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain