suria

Cantiknya Alia Bhatt di Met Gala 2024, pereka fesyen ambil masa hampir 2000 jam untuk siapkan sari sepanjang 7 meter

Sari yang diperagakan Alia semasa Met Gala pada Selasa.

PENAMPILAN pelakon Alia Bhatt di acara Met Gala menarik perhatian ramai apabila tampil menggayakan busana tradisional sari sepanjang tujuh meter.

Aktres Bollywood itu memakai sari rona hijau pudina yang direka khas oleh pereka india, Sabyasachi mengikut tema The Garden of Time yang ditetapkan oleh penganjur.

"Kami melihat sejarah lampau dan menjadikan ia panduan untuk masa depan yang menjadi inspirasi untuk menghasilan busana ini.

Alia 1

Alia mengenakan busana daripada pereka Sabyasachi.

"Mencipta busana ini merupakan satu pengalaman yang seronok namun amat memberi tekanan.

"Saya berasa berbangga dan teruja memakai hasil ciptaan yang indah," ujarnya menerusi hantaran di Instagram.

Di sebalik rekaan sarat perincian itu, ia sebenarnya mengambil masa selama 1905 jam untuk disempurnakan oleh pereka berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tergugat wajah kacaknya, model Itali kena pecat iringi selebriti di Met Gala

ARTIKEL BERKAITAN: Gaun aluminium foil Michelle Yeoh curi perhatian di Met Gala, Rita Ora pula disangka berbogel

Malah, pereka itu turut dibantu 163 artis dalam proses penghasilan busana berkenaan.

Untuk info, Met Gala merupakan acara tahunan yang dianjurkan di Muzium Seni Metropolitan New York pada Selasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain