PENDEDAHAN demi pendedahan dibuat susulan penceraian pasangan pelakon Ria Ricis dan Teuku Ryan pada 3 Mei lalu. Malah, satu per satu video ketika pasangan ini berumah tangga diselongkar netizen bagi mencari punca awal keretakan rumah tangga mereka. Terbaru, tular sebuah video memaparkan keluarga Ria dan keluarga Ryan dikatakan sedang berbuka puasa bersama. Klip ini diambil dari video vlog ketika mereke sekeluarga berbuka puasa bersama. Bagaimanapun, tindakan Ria meminta bapa mentuanya berpindah tempat duduk bagi memberi ruang kepada ibunya yang baru datang mengundang rasa kurang senang ramai. "Ibu duduk sini, takhta tertinggi di keluarga Sulyanto," katanya. Potongan klip tersebut menjadi bualan hangat netizen kerana mereka berpendapat Ria berkelakuan biadap terhadap keluarga mentuanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan punca Teuku Ryan abai nafkah batin, tak ghairah tengok Ria Ricis sebab fikir masalah ARTIKEL BERKAITAN: Dokumen mahkamah tersebar, Teuku Ryan gagal beri nafkah batin punca Ria Ricis minta cerai Ada juga pihak yang mendakwa Ria terlalu melebih-lebih keluarga sendiri sehingga menyinggung perasaan bekas suaminya. "Ini keterlaluan. Adab mana adab? memang dia ibu awak tetapi kenapa suruh bapa mentua awak pindah? "Siap cakap tahta tertinggi adalah ibu awak lagi! Mentang-mentang lagi banyak duit, suka hati dia saja," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!