suria

Stray Kids buat penampilan sulung di Met Gala 2024, peminat bengang dengar jurufoto ucap kata-kata ‘racist’

Stray Kids berdepan kata-kata berbaur perkauman ketika tampil di Met Gala.

KUMPULAN Stray Kids mencipta sejarah tersendiri apabila membuat penampilan sulung mereka di acara Met Gala 2024 yang berlangsung pada 6 Mei lalu.

Malah mereka juga menjadi kumpulan K-Pop pertama yang dijemput menghadiri acara berprestij berkenaan.

Bagaimapun, tular sebuah video di aplikasi X mendakwa jurugambar yang betugas mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman ketika sesi bergambar di acara karpet merah.

Copy of Untitled (79)

Tangkap layar video tular yang menunjukkan Stray Kids mendapat kata-kata ejekan.

Jurugambar tersebut didakwa melemparkan kenyataan berkenaan wabak Covid-19 dan mengejek rupa paras anggota kumpulan tersebut sebagai jenaka.

"Saya rasa macam nak dapat Covid semula bila lihat mereka.

"Kenapa mereka nampak macam robot? Saya tak pernah lihat muka orang tidak berperasaan seperti ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seungmin (Stray Kids) perlu rehat daripada melakukan aktiviti melibatkan fizikal

ARTIKEL BERKAITAN: Troye Sivan terima ugutan bunuh selepas muat naik video mengaku minat Hyunjin

Ramai peminat meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap tidak profesional dan biadab yang ditunjukkan terhadap anggota kumpulan Stray Kids.

"Ini bukanlah perkara yang kelakar. Mereka tidak didiskriminasikan kerana mereka lelaki Asia."

"Apabila mereka mendengar 'K-pop', terus mereka memandang rendah terhadap kumpulan tersebut," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain