SELEPAS sah bergelar suami isteri, penyanyi Rizky Febian mendedahkan ingin memiliki 12 orang anak bersama Mahalini. Rizky atau Rizky Febian Adriansyah Sutrisna, 26, berkongsi perkara itu ketika menjalani proses adat Sunda yang diadakan selepas upacara akad nikah pada Jumaat. Penyanyi itu berseloroh dengan memberi gambaran mahu bilangan anak seramai 11 orang seperti sebuah pasukan bola sepak dengan seorang pemain simpanan. "Saya mahu 11 orang anak dengan seorang pemain simpanan," katanya. Rizky dan Mahalini selamat bernikah pada 10 Mei lalu. Mahalini yang terkejut dengan kenyataan itu sempat memukul perlahan lengan Rizky dan menjeling suaminya. Bagaimanapun, Rizky dilihat menukar jawapannya itu dan memberitahu dia hanya menginginkan dua orang cahaya mata. Begitu juga dengan Mahalini, pasangan selebriti itu sepakat untuk merancang mempunyai dua orang anak. "Tidaklah saya bergurau sahaja. Cukuplah sekadar dua orang anak," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian sah jadi suami Mahalini, beri jongkong emas sebagai mas kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini bakal peluk Islam, majlis nikah dengan Rizky Febian berlangsung di Jakarta Pada 10 Mei lalu, Rizky dan Mahalini selamat bernikah dalam majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Jakarta, Indonesia. Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta teman rapat. Sebelum itu, pasangan ini mengadakan acara adat mepamit iaitu meminta kebenaran keluarga pengantin perempuan sebelum memulakan pernikahan. Bapa kepada Rizky iaitu pelawak Sule mengesahkan proses yang berlangsung dan turut memaklumkan Mahalini bakal memeluk agama Islam sebelum bernikah dengan anaknya. Mahalini sebelum ini merupakan seorang penganut Hindu dan acara mepamit merupakan salah satu istiadat yang biasa dijalankan oleh masyarakat di Bali, Indonesia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!