suria

Kazuha Le Sserafim dituduh tiru Suzy, peminat suruh cari identiti sendiri

Suzy merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan Miss A.

SEJAK kebelakangan ini salah seorang anggota kumpulan Le Sserafim iaitu Kazuha menjadi sasaran netizen apabila dia didakwa cuba meniru imej dan gaya penyanyi Suzy.

Netizen mendakwa ketika Kazuha menyampaikan lagu Bad Girl Good Girl di sebuah festival muzik baru-baru ini, perwatakan dan gayanya semakin jelas seperti Suzy yang juga anggota kumpulan Miss A.

Kazuha dikatakan ingin meniru penampilan Suzy.

Kazuha dikatakan ingin meniru penampilan Suzy.

Sebelum itu, Kazuha turut menukar gaya rambutnya seperti Suzy ketika muncul dalam drama Doona!

Lebih membuatkan netizen berbulu, Kazuha turut dipilih sebagai model menggantikan Suzy bagi salah satu produk terkenal di Korea Selatan.

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu tak marah pendedahan Myra Natasya, mengaku tak pernah kahwin Halim Othman

ARTIKEL BERKAITAN:Adik Bella Astillah dedah Aliff Aziz pernah ada hubungan dengan isteri orang beranak 3, sengaja besarkan isu Muaz Zabir

Bagaimanapun ramai tidak dapat menafikan susuk tubuh dan kecantikan semula jadi Kazuha mempunyai persamaan dengan Suzy.

Peminat memberitahu walaupun ada persamaan namun Kazuha juga ada daya tarikan tersendiri dan berharap penyanyi itu dapat berdiri tanpa dibayangi artis lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain